Headlines News :
Home » , » Lenovo perkenal 5 peranti baru

Lenovo perkenal 5 peranti baru

Written By PelesitSelatan on Saturday, January 4, 2014 | 12:04 AM


Foto
KHOO (tengah) bersama barisan model menunjukkan peranti terbaru keluaran Lenovo.
Kuala Lumpur: Lenovo Malaysia (Lenovo) mengumumkan rangkaian lima peranti terbaru bagi pasaran tempatan sebagai usaha untuk terus mengukuhkan jenama komputer terbabit yang memiliki prestasi terbaik, diyakini, daya tahan tinggi dan boleh diuruskan dengan mudah.
Rangkaian peranti itu terdiri daripada siri Yoga yang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Yoga Tablet, Lenovo Yoga 2 Pro dan Thinkpad Yoga, siri Flex (Lenovo Flex 14 dan 20) dan siri telefon pintar (K900 baru dan dipertingkatkan). Pengurus Besar Negaranya, Khoo Hung Chuan berkata Lenovo terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar komputer peribadi (PC) pertama di dunia dengan penguasaan pasaran global 17.7 peratus iaitu peningkatan dua mata pada 2013 berbanding 2012.

“Pencapaian momentum positif ini sudah tentu terletak melalui strategi ‘Lindung dan Serang’ yang digabungkan dengan komitmen dalam inovasi dan memahami pengalaman pelanggan kami. Lenovo akan terus berusaha menawarkan produk dan teknologi baru yang memenuhi keperluan dan senario penggunaan masa kini,” katanya pada majlis pelancaran lima peranti terbabit di sini.

Hadir sama, Pengurus Negara Intel Electronics Malaysia dan Brunei, Prakash Mallya, Peneraju Segmen Pengguna Lenovo Jimmy Chin dan Pengurus Jualan Negara Bahagian Telefon Pintar Foo Mun Yee. Katanya, Lenovo dijangka terus memperkenalkan lebih banyak peranti terkini bagi melakukan pacuan dan merintis laluan dalam usaha menjadi peneraju dalam segmen pasaran PC Plus. “Secara purata, kami memperkenalkan kira-kira empat peranti baru pada setiap suku dan terkini, kami merancang untuk memperkenalkan siri telefon pintar Lenovo terbaru menjelang suku pertama 2014,” katanya.


Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Mudah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger