MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
TIDAK lama selepas perkhabaran mengenai ikatan cinta Wan Zack Haikal
Wan Noor dengan penyanyi baru, Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid putus,
muncul pula kisah pemain bola sepak kebangsaan itu sudah pun menjadi
tunangan orang.
Setakat ini belum dapat dipastikan secara tepat bila pertunangan di
antara Wan Zack dan gadis yang hanya dikenali dengan nama Syahifah itu
berlangsung.
Beberapa portal hiburan memuatnaik gambar Wan Zack bersama gadis yang dipercayai Syahifah, dalam sebuah majlis pertunangan.
Dilaporkan Syahifah berasal dari Kemaman, Terengganu. Semoga pertunangan berakhir ke jinjang pelamin.
Khabarnya Wan Zack akan terbang ke Jepun semula untuk meneruskan kembali kariernya sebagai pemain bola sepak.
Baru-baru ini kecoh apabila hubungan Wan Zack dan Zzati putus gara-gara
penyanyi baru itu dikatakan menggunakan ilmu hitam untuk menawan hati
pemain bola sepak itu.
Hubungan diputuskan oleh Zzati demi menjaga maruah keluarga.
Sumber
Post a Comment