IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel bersama seorang
wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar
Cyber belakang sebuah hotel bajet, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 tahun manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri
mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke
rumah sejak kira-kira 6 petang, kelmarin.
"Berikutan itu,
isteri mangsa membuat laporan polis pada kira-kira 7.55 petang sebelum
mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.
 |
| POLIS
mengangkat satu daripada mayat pasangan kekasih yang ditemui mati dalam
keadaan bogel dalam kereta di premis rumah kedai di belakang sebuah
hotel bajet di Bandar Cyber, dekat Ipoh. FOTO Ikhwan Munir |
"Isteri mangsa kemudian melihat kepulan asap keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis tersebut.
"Dia kemudian mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya
dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup," katanya
pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.
Beliau
berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya
bersama seorang wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu,
sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.
"Bagaimanapun,
kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia. Siasatan awal
mendapati lelaki terbabit adalah ahli perniagaan," katanya.
Paramasivam
berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum
diklasifikasikan sama ada terdapat unsur jenayah atau mati mengejut.
"Siasatan
awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang
kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut
dijalankan," katanya.