Headlines News :

    Ringkasan Hari Ini

    Showing posts with label Setempat. Show all posts
    Showing posts with label Setempat. Show all posts

    Anak Tamil Bersekolah Di Bawah Pokok Di Kelana Jaya.


    Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.

    Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula.

    Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.

    "Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini.

    Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.

    Ibu bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.



    Pihak kementerian memberitahu ibu bapa terbabit bahawa tanah di Kelana Jaya itu yang sebelum ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijual kepada pemaju swasta, tetapi rekod yang didapati mereka menunjukkan ia masih bawah nama PKNS.

    Ibu bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan tapak sekolah itu kekal.

    Bangunan sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka.


    -Malaysiakini-

    ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ antara sembang ghairah di laman sosial

     Foto

    Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.

    Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
    Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

    Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun

    Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. Berita Mudah - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger